Sunday 11 June 2017

7 Kelebihan Memiliki Kad Perubatan Takaful Ikhlas




7 Kelebihan Memiliki Kad Perubatan Takaful Ikhlas


1. Menggantikan pendapatan yang hilang.
2. Pasangan dapat membayar hutang bagi pihak anda.
3. Tabung kecemasan disediakan ketika diperlukan tanpa meminta-minta.
4. Memelihara simpanan dari membayar bil rawatan.
5. Pendidikan dan masa depan anak-anak terjamin.
6. Menjaga nama dan maruah keluarga.
7. Impian tercapai walau apa pun yang berlaku.

7 kekurangan tidak memiliki kad perubatanTakaful Ikhlas

1. Hilang punca pendapatan selamanya
2. Pasangan menangung hutang anda.
3. Memohon bantuan untuk membayar rawatan.
4. Menggunakan simpanan untuk membayar bil rawatan.
5. Pendidikan dan masa depan anak-anak terjejas.
6. Nama dan maruah keluarga tercalar.
7. Impian tinggal impian.




PERLUKAH SESEORANG PENJAWAT AWAM MEMILIKI KAD PERUBATAN TAKAFUL IKHLAS?

Memiliki kad perubatan adalah kelebihan untuk setiap individu yang berkerjaya samada bujang ataupun mempunyai keluarga.

Ramai yang berpendapat kad perubatan atau medical card tidak penting dan merugikan kerana mereka perlu membayar caruman setiap bulan. Ada yang berpendapat lebih baik mereka menyimpan di dalam Tabung Haji atau ASB kerana mereka boleh mendapat keuntungan setiap hujung tahun. Mereka juga boleh menggunakan wang simpanan ini untuk melancong dan sebagainya. Individu yang baru bekerja pula menggunakan sebahagian pendapatan mereka membeli kereta untuk memudahkan mereka berulang-alik dari tempat kerja. Namun mereka akan kehilangan semua itu sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada diri mereka. 

Jika seseorang individu itu adalah penjawat awam, adalah tidak dinafikan beliau dan keluarga boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan percuma tanpa membayar satu sen pun. Nampak seperti mudah dan menjimatkan akan tetapi, sesorang yang disahkan mengidap penyakit kritikal seperti penyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera, ianya akan bertukar menjadi suatu mimpi ngeri. Ini kerana jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia adalah seramai 500,000 orang! Dengan jumlah yang begitu besar, cuba bayangkan berapa ramai penjawat awam berumur dalam lingkungan 40-an ke atas yang sakit dan memerlukan rawatan atau pembedahan segera? Mereka yang sakit perlu mengikut giliran untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan di hospital kerajaan. Sekiranya mereka mempunyai kad perubatan Takaful Ikhlas, semua rawatan akan dilakukan di hospital pakar dengan secepat mungkin.

Jangan berlengah lagi!

Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.






 Klik Sini WHATSAPP



Petanda Awal Kanser Dan Langkah-langkah Pengurangan Risiko



Pencegahan risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.

Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.

Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).

Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.

Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.

Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-

sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.

Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.

Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.

Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.



Petanda awal

Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.

Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-

mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.

Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.

Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.

Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.

Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:

- Tidak merokok atau berhenti merokok

- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans

- Banyakkan makanan berserat tinggi

- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari

- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda

- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

- Amalkan ujian tertentu yang patut dilakukan pada umur serta julat tahun tertentu

- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.


Saturday 10 June 2017

12 Perbezaan Antara Insurans Konvensional dan Takaful Yang Perlu Anda Tahu

12 Perbezaan Antara Insurans Konvensional Dan Takaful

KEPENTINGAN MENGAMBIL PELAN TAKAFUL BERBANDING INSURANS KONVENSIONAL


Sebagai orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.

Disebabkan segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana syarikat insuran yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tidak patuh syariah, pemegang polisi insuran konvensional secara automatiknya dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang tidak patuh syariah ini.

Bukankah kita dah menyusahkan diri dengan berbuat demikian?

Bayangkan. anda berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tidak melakukan apa-apa yang melanggar syariat untuk mencari pendapatan, tetapi bila sakit, manfaat perubatan yang anda dapat datang daripada sumber yang anda cuba elakkan ini.

Lebih teruk lagi, sekiranya anda meninggal dunia nanti, pampasan nyawa anda datang daripada sumber yang tidak diberkati dan pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak anda untuk meneruskan hidup. Tidakkah anda merasa bersalah dengan hakikat ini?

Oleh itu, sekiranya anda masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi Takaful Ikhlas sekarang.

Jangan berlengah lagi! Mencari yang halal adalah fardhu.


Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.


Whatsapp IKHLASLINKSECURE ke 0126721995 sekarang!


Friday 9 June 2017

36 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi



Secara umumnya, ramai tidak mengetahui, kos rawatan penyakit kritikal di Malaysia adalah sangat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh rakyat Malaysia. Rata-rata ramai yang mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan bagi menangani isu yang kos perubatan yang tinggi ini. 
Sehubungan dengan itu, Takaful Ikhlas menawarkan pelan kad perubatan tanpa had tahunan dan mampu milik dengan harga yang berpatutan.


Pelan Ikhlaslink Secure

  • caruman bergantung pada umur dan pekerjaan

  • kos rawatan tanpa had tahunan berjumlah RM850,000

  • elaun harian hospital sehingga RM500 

  • wang tunai kepada waris sehingga RM150,000

  • boleh digunakan di semua hospital pakar seluruh Malaysia 24 jam


Jangan berlengah lagi!


Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.



Whatsapp IKHLASLINKSECURE ke 0126721995 sekarang!

Thursday 8 June 2017

Pakej RM170 Untuk Lelaki Berumur 40 Tahun


Pakej RM170 Untuk Lelaki Umur 40 tahun

Ikhlaslink Secure Takaful



  • individu lelaki berumur 40 tahun
  • perbelanjaan rawatan hospital berjumlah RM850,000
  • sum covered atau tunai kepada waris berjumlah RM59,000
  • rawatan di semua hospital pakar seluruh Malaysia 24 jam
  • melindungi peserta untuk 36 penyakit kritikal

Jangan berlengah lagi!


Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.


Whatsapp IKHLASLINKSECURE ke 0126721995 sekarang!

Pakej RM120


Pakej RM120

Ikhlaslink Secure Takaful 


  • remaja lelaki berumur 17 tahun
  • pelajar sekolah menengah
  • elaun hospital berjumlah RM100 sehari
  • kad perubatan persendirian berjumlah RM850,000
  • sum covered (tunai kepada waris jika berlaku musibah) berjumlah RM70,000
  • rawatan di semua hospital pakar di Malaysia 24 jam

Jangan berlengah lagi!



Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.


Whatsapp IKHLASLINKSECURE ke 0126721995 sekarang!


Tuesday 6 June 2017

Mengapa Takaful Dan Kad Perubatan Penting?


Mengapa Takaful Dan Kad Perubatan Penting?


Sering kali anda didatangi oleh agen takaful untuk menyarankan anda membeli pelan yang mereka promosikan. Adakah anda merasakan promosi itu hanyalah semata-mata untuk agen itu mendapatkan komisyen daripada setiap jualannya? Sebenarnya, ia jauh lebih penting daripada itu. Ia adalah untuk ANDA...YA!!! untuk ANDA...mengapa saya katakan ia untuk anda? Cuba anda perhatikan dan fikirkan sebab-sebab ini..

1. Memberi Pampasan Kepada Keluarga.

Sekiranya sesuatu terjadi kepada anda seperti kematian, pihak Takaful Ikhlas akan membayar pampasan kematian beserta dengan jumlah simpanan anda kepada keluarga anda. Pampasan ini dapat meringankan beban keluarga anda untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Dengan ini anda tidak akan meninggalkan masalah dan hutang kepada keluarga anda malah anda telah melaksanakan suruhan Nabi Muhammad S.A.W.



2. Membayar Bil Tinggi Hospital Anda dan Keluarga.

Penyakit bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh sesiapa pun, namun...sebagai manusia, kita tidak terkecuali daripada menghidapinya. Maka, dengan konsep tawakal yang kita amalkan eloklah kita berusaha sebelum bertawakal iaitu memiliki pelan perlindungan. Jika anda menghidapi sebarang musibah dan penyakit yang perlu dimasukkan ke hospital, anda tidak perlu lagi rungsing dan tertekan mengenai wang yang diperlukan untuk membayar bil hospital yang merawat anda. Anda juga dapat menjimatkan wang simpanan anda. Ini kerana pihak Takaful Ikhlas akan membantu anda menyelesaikan bil anda itu. Rawatan segera dan selesa adalah impian semua orang dalam kehidupannya...dengan mengambil polisi dibawah Takaful Ikhlas...kini impian anda akan tercapai...



3. Wang Saguhati Kepada Anda

Mengambil saya sebagai contoh yang telah menjalani pembedahan ACL (sama seperti apa yang berlaku pada Lionel Messi). Saya telah dimasukkan ke Hospital Penawar, Pasir Gudang selama 5 hari dan mendapat MC selama 3 bulan!Saya yang juga penjawat awam dan juga ahli sukan tidak dapat bayangkan betapa beruntungnya saya mengambil kad perubatan Ikhlaslink Secure ini walaupun pada mulanya berasakan ianya satu tindakan yang kurang bijak. Namun amat berbaloi kerana jumlah perbelanjaan rawatan saya yang mencecah hampir RM32,000 telah dibayar sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas. Ditambah dengan elaun hospital sebanyak RM500 dan rider CPAB yang melayakkan saya menerima RM280 seminggu X 12 minggu cuti sakit. Setelah berehat selama 3 bulan, saya kembali bekerja dan dengan senang hati membelanjakan sebahagian wang tersebut untuk membuat kenduri kesyukuran. Kenduri pun Takaful Ikhlas yang tanggung..Hebat kan??
Inilah yang dikatakan pepatah " Sakit Pun Dapat Duit ".Alhamdulillah...

4. Memberi Wang Pampasan Kepada Anda.

Jika anda menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau kehilangan anggota badan atau lumpuh kekal anda akan menerima pampasan mengikut jumlah anda carumkan.
Sebagai contoh : En. Amir mencarum RM30000 dalam rider critical illness, maka beliau akan menerima pampasan sebanyak itu sekaligus daripada Takaful Ikhlas. Selain itu beliau telah mendapat rawatan hospital dengan menggunakan Kad Perubatan Mediplan dan sekali lagi mendapat pampasan. Bukan itu sahaja...pelan Ikhlaslink Secure yang dilanggan oleh En. Amir akan menjadi PERCUMA sehingga umur 100 tahun.



5. Polisi PERCUMA untuk Anak dan Pasangan

Jika anda telah disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal atau lumpuh kekal atau kematian, pasangan dan anak-anak anda yang mempunyai rider waiver, pelan akan menjadi PERCUMA serta terus mendapat perlindungan daripada Takaful Ikhlas. Inilah hadiah yang paling besar kepada isteri dan anak-anak anda.

Saya telah gariskan 5 sebab mengapa kita perlu memiliki takaful dan kad perubatan. Sebenarnya banyak lagi sebab yang boleh saya nyatakan. Secara ringkasnya, pelan perlindungan ini membantu kita disaat kita menerima musibah dan dugaan yang besar. Adakah kita mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mengharungi masalah itu bersendirian? Adalah benar WANG bukan segalanya..namun...SEGALANYA memerlukan WANG...

Dapatkan quotation secara PERCUMA daripada saya.

Beringat sebelum terkena.

Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.








10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA






Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan

seseorang berfungsi secara normal.

Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi

karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi.

Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.



Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan

10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE


Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar

 makan dengan lebih bertanggungjawab.



Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:


Jangan tidak makan karbohidrat


Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat

menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit.

Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total

serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.



Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang,

kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain

dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.



Makan tengahari semahu anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk

memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang

banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari

di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya.

Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian.

Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah

yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin



Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan

akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan

penyakit.



Berhenti sebelum kenyang amalan mengikut sunnah

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh

badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya.

Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan

berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta

mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.



Tetapkan pola waktu makan yang seragam

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam

kuantiti yang yang banyak



Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.



Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori

di dalam pemakanan seharian.

Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan

dan menyebabkan obesiti.



Menguyah makanan secara perlahan-lahan

Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan

dan seterusnya membantu sistem pencernaan.

Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.



Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik

termasuk sistem penghadaman.



Disediakn oleh,

Norida Barudin

Pusat Satelit ISN Terengganu

1.4 Juta Rakyat Malaysia Mengalami Komplikasi Kaki Yang Serius




Statistik 2012 menunjukkan seramai 5.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit Diabetes dan 1.4 juta antaranya mengalami komplikasi kaki yang serius ekoran pengambilan gula dan nasi yang tidak terkawal.

Penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali dengan sakit jantung adalah pembunuh dalam senyap. Dicatatkan seramai 22,701 rekod kematian di Malaysia dilaporkan berpunca daripada Penyakit Jantung Koronori berpunca daripada penebalan kolestrol di dinding arteri yang boleh menyebabkan ia tersumbat.

Telah dianggarkan seramai 2.5 juta penghidap barah hati dikesan di Malaysia dan majoritinya adalah kaum lelaki.

Statement di atas bukan bertujuan untuk menakutkan ANDA tetapi sebagai peringatan buat kita semua.

Penyakit yang hadir dalam hidup kita adalah kesan dan akibat dari perbuatan/pilihan kita yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat (Alkohol/Rokok/Gula Berlebihan/Fast Food/Perasa Tambahan/Tiada Senaman & Dan lain-lain)

Beringat sebelum terkena.
Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.
Whatsapp IKHLASLINKSECURE ke 0126721995 sekarang!

Bagaimana Kita Boleh Hibah Tanpa Simpanan

Fungsi hibah. Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lai...