Tuesday 6 June 2017

10 AMALAN PEMAKANAN SIHAT YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA






Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan

seseorang berfungsi secara normal.

Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi

karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi.

Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.



Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan

10 HEALTHY EATING HABITS THAT WILL CHANGE YOUR LIFE


Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar

 makan dengan lebih bertanggungjawab.



Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:


Jangan tidak makan karbohidrat


Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat

menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit.

Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total

serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin menyebabkan berlakunya malnutrisi.



Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik dan kentang,

kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain

dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.



Makan tengahari semahu anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk

memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang

banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengahari

di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya.

Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian.

Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah

yang banyak tetapi perlulah dirancang dan diimbang sebaik mungkin



Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan

akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan

penyakit.



Berhenti sebelum kenyang amalan mengikut sunnah

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh

badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya.

Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan

berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta

mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.



Tetapkan pola waktu makan yang seragam

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam

kuantiti yang yang banyak



Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.



Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori

di dalam pemakanan seharian.

Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan

dan menyebabkan obesiti.



Menguyah makanan secara perlahan-lahan

Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan

dan seterusnya membantu sistem pencernaan.

Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.



Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik

termasuk sistem penghadaman.



Disediakn oleh,

Norida Barudin

Pusat Satelit ISN Terengganu

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Kita Boleh Hibah Tanpa Simpanan

Fungsi hibah. Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lai...