Tuesday, 6 June 2017

Mengapa Takaful Dan Kad Perubatan Penting?


Mengapa Takaful Dan Kad Perubatan Penting?


Sering kali anda didatangi oleh agen takaful untuk menyarankan anda membeli pelan yang mereka promosikan. Adakah anda merasakan promosi itu hanyalah semata-mata untuk agen itu mendapatkan komisyen daripada setiap jualannya? Sebenarnya, ia jauh lebih penting daripada itu. Ia adalah untuk ANDA...YA!!! untuk ANDA...mengapa saya katakan ia untuk anda? Cuba anda perhatikan dan fikirkan sebab-sebab ini..

1. Memberi Pampasan Kepada Keluarga.

Sekiranya sesuatu terjadi kepada anda seperti kematian, pihak Takaful Ikhlas akan membayar pampasan kematian beserta dengan jumlah simpanan anda kepada keluarga anda. Pampasan ini dapat meringankan beban keluarga anda untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba. Dengan ini anda tidak akan meninggalkan masalah dan hutang kepada keluarga anda malah anda telah melaksanakan suruhan Nabi Muhammad S.A.W.



2. Membayar Bil Tinggi Hospital Anda dan Keluarga.

Penyakit bukanlah sesuatu yang diidamkan oleh sesiapa pun, namun...sebagai manusia, kita tidak terkecuali daripada menghidapinya. Maka, dengan konsep tawakal yang kita amalkan eloklah kita berusaha sebelum bertawakal iaitu memiliki pelan perlindungan. Jika anda menghidapi sebarang musibah dan penyakit yang perlu dimasukkan ke hospital, anda tidak perlu lagi rungsing dan tertekan mengenai wang yang diperlukan untuk membayar bil hospital yang merawat anda. Anda juga dapat menjimatkan wang simpanan anda. Ini kerana pihak Takaful Ikhlas akan membantu anda menyelesaikan bil anda itu. Rawatan segera dan selesa adalah impian semua orang dalam kehidupannya...dengan mengambil polisi dibawah Takaful Ikhlas...kini impian anda akan tercapai...



3. Wang Saguhati Kepada Anda

Mengambil saya sebagai contoh yang telah menjalani pembedahan ACL (sama seperti apa yang berlaku pada Lionel Messi). Saya telah dimasukkan ke Hospital Penawar, Pasir Gudang selama 5 hari dan mendapat MC selama 3 bulan!Saya yang juga penjawat awam dan juga ahli sukan tidak dapat bayangkan betapa beruntungnya saya mengambil kad perubatan Ikhlaslink Secure ini walaupun pada mulanya berasakan ianya satu tindakan yang kurang bijak. Namun amat berbaloi kerana jumlah perbelanjaan rawatan saya yang mencecah hampir RM32,000 telah dibayar sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas. Ditambah dengan elaun hospital sebanyak RM500 dan rider CPAB yang melayakkan saya menerima RM280 seminggu X 12 minggu cuti sakit. Setelah berehat selama 3 bulan, saya kembali bekerja dan dengan senang hati membelanjakan sebahagian wang tersebut untuk membuat kenduri kesyukuran. Kenduri pun Takaful Ikhlas yang tanggung..Hebat kan??
Inilah yang dikatakan pepatah " Sakit Pun Dapat Duit ".Alhamdulillah...

4. Memberi Wang Pampasan Kepada Anda.

Jika anda menghidapi salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau kehilangan anggota badan atau lumpuh kekal anda akan menerima pampasan mengikut jumlah anda carumkan.
Sebagai contoh : En. Amir mencarum RM30000 dalam rider critical illness, maka beliau akan menerima pampasan sebanyak itu sekaligus daripada Takaful Ikhlas. Selain itu beliau telah mendapat rawatan hospital dengan menggunakan Kad Perubatan Mediplan dan sekali lagi mendapat pampasan. Bukan itu sahaja...pelan Ikhlaslink Secure yang dilanggan oleh En. Amir akan menjadi PERCUMA sehingga umur 100 tahun.



5. Polisi PERCUMA untuk Anak dan Pasangan

Jika anda telah disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal atau lumpuh kekal atau kematian, pasangan dan anak-anak anda yang mempunyai rider waiver, pelan akan menjadi PERCUMA serta terus mendapat perlindungan daripada Takaful Ikhlas. Inilah hadiah yang paling besar kepada isteri dan anak-anak anda.

Saya telah gariskan 5 sebab mengapa kita perlu memiliki takaful dan kad perubatan. Sebenarnya banyak lagi sebab yang boleh saya nyatakan. Secara ringkasnya, pelan perlindungan ini membantu kita disaat kita menerima musibah dan dugaan yang besar. Adakah kita mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk mengharungi masalah itu bersendirian? Adalah benar WANG bukan segalanya..namun...SEGALANYA memerlukan WANG...

Dapatkan quotation secara PERCUMA daripada saya.

Beringat sebelum terkena.

Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.








No comments:

Post a Comment

Bagaimana Kita Boleh Hibah Tanpa Simpanan

Fungsi hibah. Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lai...