7 Kelebihan Memiliki Kad Perubatan Takaful Ikhlas
1. Menggantikan pendapatan yang hilang.
2. Pasangan dapat membayar hutang bagi pihak anda.
3. Tabung kecemasan disediakan ketika diperlukan tanpa meminta-minta.
4. Memelihara simpanan dari membayar bil rawatan.
5. Pendidikan dan masa depan anak-anak terjamin.
6. Menjaga nama dan maruah keluarga.
7. Impian tercapai walau apa pun yang berlaku.
7 kekurangan tidak memiliki kad perubatanTakaful Ikhlas
1. Hilang punca pendapatan selamanya
2. Pasangan menangung hutang anda.
3. Memohon bantuan untuk membayar rawatan.
4. Menggunakan simpanan untuk membayar bil rawatan.
5. Pendidikan dan masa depan anak-anak terjejas.
6. Nama dan maruah keluarga tercalar.
7. Impian tinggal impian.
PERLUKAH SESEORANG PENJAWAT AWAM MEMILIKI KAD PERUBATAN TAKAFUL IKHLAS?
Memiliki kad perubatan adalah kelebihan untuk setiap individu yang berkerjaya samada bujang ataupun mempunyai keluarga.
Ramai yang berpendapat kad perubatan atau medical card tidak penting dan merugikan kerana mereka perlu membayar caruman setiap bulan. Ada yang berpendapat lebih baik mereka menyimpan di dalam Tabung Haji atau ASB kerana mereka boleh mendapat keuntungan setiap hujung tahun. Mereka juga boleh menggunakan wang simpanan ini untuk melancong dan sebagainya. Individu yang baru bekerja pula menggunakan sebahagian pendapatan mereka membeli kereta untuk memudahkan mereka berulang-alik dari tempat kerja. Namun mereka akan kehilangan semua itu sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada diri mereka.
Jika seseorang individu itu adalah penjawat awam, adalah tidak dinafikan beliau dan keluarga boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dengan percuma tanpa membayar satu sen pun. Nampak seperti mudah dan menjimatkan akan tetapi, sesorang yang disahkan mengidap penyakit kritikal seperti penyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera, ianya akan bertukar menjadi suatu mimpi ngeri. Ini kerana jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia adalah seramai 500,000 orang! Dengan jumlah yang begitu besar, cuba bayangkan berapa ramai penjawat awam berumur dalam lingkungan 40-an ke atas yang sakit dan memerlukan rawatan atau pembedahan segera? Mereka yang sakit perlu mengikut giliran untuk mendapatkan rawatan atau pembedahan di hospital kerajaan. Sekiranya mereka mempunyai kad perubatan Takaful Ikhlas, semua rawatan akan dilakukan di hospital pakar dengan secepat mungkin.
Jangan berlengah lagi!
Hubungi saya untuk mendapatkan pelan-pelan perlindungan yang sesuai dengan anda.
No comments:
Post a Comment